NADI X KEUSAHAWANAN: JANGAN TERTIPU DENGAN ANGKA JUALAN
4 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 Ogos 2026 bersamaan hari Selasa, Video Pra Latihan Jangan Tertipu Dengan Angka Jualan telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta dalam membina serta mengembangkan perniagaan dengan lebih terancang, di samping membuat persediaan sebagai usahawan yang berjaya.
Aktiviti Utama:
1. Jangan Tertipu Dengan Angka Jualan
–Memahami angka jualan dengan betul dan mengelakkan kesilapan dalam menilai prestasi perniagaan.
Secara keseluruhannya, pengisian program “Jangan Tertipu Dengan Angka Jualan” telah berjaya memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memahami angka jualan dengan tepat dan tidak menilai kejayaan perniagaan berdasarkan jumlah jualan semata-mata. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan mengurus kos, keuntungan, aliran tunai dan kewangan secara bijak bagi memastikan perniagaan kekal stabil dan berdaya maju.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: